Sunday, 31 January 2016



PENGUMUMAN PENTING !!!

TAWARAN EKSKLUSIF HANYA UNTUK ANDA


5H4M KE GUILIN, CHINA




Aturcara


Hari 1

KUALA LUMPUR - GUILIN - YANGSHUO (MT/MM)
Berkumpul di KLIA 2 bagi penerbangan ke Guilin. Setibanya di Lapangan Terbang Antarabangsa Liangjiang Guilin, bertemu dengan pemandu pelancong. Selepas makan tengahari di restoran tempatan, di bawa ke Chongshan Mosque untuk solat. Kemudian bertolak ke Yangshuo dan di bawa melawat ke Shangri-la yang merupakan kawasan semulajadi yang indah sambil menikmati pemandangan yang berlatarbelakangkan gunung, gua, sungai dan jambatan. Selain itu, tetamu juga dapat berjalan di sekitar bangunan-bangunan tradisional dan melihat beberapa penduduk tempatan membuat kraf tangan, bermain alat muzik serta persembahan muzik dari pemuzik kebudayaan tempatan. Kemudian tetamu di bawa untuk daftar masuk hotel dan rehat. Selepas makan malam di restoran tempatan, tetamu di bawa menyusuri ke Yangshuo West Street yang juga dikenali sebagai “Foreign Language corner” atau “Global Village”, merupakan jalan tertua di Yangshuo yang mempunyai sejarah lebih daripada 1400 tahun. Terdapat banyak kedai-kedai kecil yang menjual pelbagai cenderamata, barangan antik dan kraftangan tempatan. Kembali ke hotel dan bermalam di Yangshuo.

Hari 2

YANGSHUO - GUILIN (SP/MT/MM)
Sarapan pagi dan daftar keluar hotel. Kemudian tetamu di bawa menikmati pelayaran yang cukup mengagumkan dengan menaiki bot di sepanjang Li River, di mana tetamu dapat melihat pemandangan gunung, puncak batu kapur, air terjun yang jernih, nelayan yang menaiki bot-bot kecil, kebun buah-buahan yang diusahakan di lereng gunung, rumah penduduk di tepi sungai dan di lereng gunung, melihat itik liar yang berenang-renang serta pohon buluh yang tinggi tumbuh di tepi sungai. Li River juga menduduki tempat ke-3 dalam senarai 7 Keajaiban Alam Semulajadi di China. Seterusnya di bawa melawat ke Crown Cave iaitu sebuah gua semulajadi yang unik dan terletak di sebuah bukit berbentuk mahkota. Crown Cave telah disenaraikan dalam “Guinness Book of World Records” kerana mempunyai kemudahan moden seperti keretapi mini, bot-bot kecil, tangga dan lif untuk bersiar-siar di dalam gua. Bertolak ke Guilin dan makan tengahari di restoran tempatan. Kemudian di bawa membeli-belah di Jade Market dan Silk Market. Seterusnya tetamu di bawa untuk daftar masuk hotel dan rehat. Lewat petang, tetamu di bawa ke DreamLike LiRiver Show untuk menyaksikan pelbagai persembahan akrobatik, balet dan banyak lagi yang cukup mengagumkan. Selepas makan malam di restoran tempatan, tetamu di bawa membeli belah di Zhengyang Shopping Street yang menjual pelbagai barangan China seperti jed, pakaian, tenunan dan sulaman, perhiasan, cenderamata dan juga kraftangan pada harga yang berpatutan. Kembali ke hotel dan bermalam di Guilin.

Hari 3

GUILIN (SP/MT/MM)
Sarapan pagi di restoran tempatan. Kemudian di bawa membeli belah di Bamboo Charcoal. Seterusnya melawat ke Elephant Trunk Hill, merupakan mercu tanda dan tarikan pelancong ke Guilin serta menjadi symbol kepada bandar Guilin. Ia memperoleh namanya melalui bentuk batu yang mirip seekor gajah yang sedang minum air dan bentuk bulat di bawah belalai gajah itu dikenali sebagai Water-Moon Cave kerana pada waktu malam bayangan bulan dapat dilihat pada lengkongan batu dan nampak seakan-akan terapung di atas air. Makan tengahari di restoran tempatan dan seterusnya di bawa membeli belah di Baoshutang. Kembali ke hotel dan rehat. Selepas makan malam di restoran tempatan, di bawa membeli belah di Zhongshan Street di mana terdapat banyak deretan kedai dan pusat membeli belah yang menjual pelbagai barangan seperti baju, kasut, cenderamata dan banyak lagi. Kembali ke hotel dan bermalam di Guilin.

Hari 4

GUILIN - GUANGZHOU (SP/MT/MM)
Daftar keluar hotel dan sarapan pagi di restoran tempatan. Bertolak ke stesen keretapi Guilin untuk menaiki keretapi ke Guangzhou. Setibanya di Guangzhou,di bawa untuk makan tengahari di restoran tempatan dan solat di Haopan Mosque.Kemudian di bawa ke hotel untuk daftar masuk dan rehat. Seterusnya di bawa membelibelah di Onelink Whole Sale Market yang menjual pelbagai barangan dengan harga yang berpatutan. Makan malam di restoran tempatan dan kembali ke hotel.

Hari 5

GUANGZHOU - KUALA LUMPUR (SP/MT)
Sarapan pagi dan daftar keluar hotel. Memulakan lawatan melawat Yuexiu Park merupakan taman terbesar di pusat Bandar Guangzhou dan terdiri daripada tiga tasik buatan dan tujuh bukit di Yuexiu Mountain. Tarikan utamadi taman ini ialah Five Rams Stone Sculpture yang menjadi mercu tanda kota Guangzhou. Kemudian berhenti berfoto di Canton Tower, sebelum ini dikenali sebagai Guangzhou TV Astronomi dan Menara Guangzhou. Ia merupakan menara TV yang tertinggi di dunia dengan ketinggian 600 meter. Seterusnya melawat di sekitar Flower City Square yang merupakan kawasan seluas 560,000 meter persegi dan lebih daripada 600 pokok-pokok besar ditanam di sekitarnya. Dataran ini adalah 10 kali lebih besar daripada “Guangzhou People Park” dan 250 meter lebar. Selepas makan tengahari di restoran tempatan dan solat di Huaisheng Mosque yang terkenal sebagai masjid yang tertua di China sejak dari tahun 627 sambil menziarahi makam yang dipercayai di mana jasad sahabat Rasulullah yang membawa ajaran agama Islam ke tanah besar China malahan juga penunduk kerajaan Parsi, Saad Bin Abi Waqqas disemadikan. Sebelum bertolak ke lapangan terbang, di bawa ke Beijing Road Shopping Street yang merupakan pusat membeli belah yang paling popular. Kemudian bertolak ke lapangan terbang untuk menaiki penerbangan pulang ke Kuala Lumpur.

Hari 6

KUALA LUMPUR 
Selamat tiba di Kuala Lumpur dengan kenangan indah menikmati alam semulajadi di Guilin dan kepuasan membeli belah di
Guangzhou

PAKEJ TERMASUK


  • Tiket penerbangan pergi balik kelas ekonomi beserta cukai lapangan terbang.
  • Tiket keretapi dari Guilin ke Guangzhou.
  • Penginapan 4 malam yang selesa di hotel 4*.
  • Makanan sesuai Muslim seperti yang terdapat di dalam aturcara.
  • Pengangkutan bas persiaran yang selesa dan lawatan seperti aturcara.
  • Urusan visa memasuki China.
  • Perkhidmatan pemandu pelancong tempatan yang berpengalaman.
  • Tip kepada pemandu pelancong dan kapten bas persiaran.
  • Diiringi ketua rombongan

No comments:

Post a Comment